Tuesday, May 19, 2009

Tabung Dana

Kenapa “Menabung”?


Sekiranya kita memilih strategi belanja dahulu, kemudian simpan; maka, percayalah bahawa kita akan selalu gagal untuk menyimpan. Sebab itu digalakkan kita pilih untuk simpan dahulu, kemudian barulah belanja. Bawa keluar siap2 10% – 20% daripada gaji untuk disimpan di dalam instrumen kewangan yang disahkan oleh pihak kerajaan. Potongan KWSP adalah salah satu contoh “Menabung”. Jika KWSP tidak potong awal-awal sebaik sahaja kita dapat gaji, saya percaya dan yakin pasti ramai yang gagal untuk menyimpan untuk hari tuanya.


Sebagai muslim, mungkin kita boleh memperkembangkan idea bagus “Menabung” ini dengan menyarankan agar kita semua memperuntukkan sebahagian daripada gaji kita untuk ‘hari kemudian’ kita, lillahi ta’ala. Sebahagian wang dan harta yang diinfaqkan itulah sebenarnya hak kita yang akan sebahagiannya diperhitungkan di akhirat nanti.



Dari Ibnu Mas’ud RA, bahawa Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapakah di antara kalian yang harta warisannya lebih dicintai daripada hartanya sendiri?”


Mereka menjawab, Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun di antara kami kecuali hartanya lebih dicintai daripada harta warisannya.”


Rasulullah SAW mengatakan, “Sesungguhnya hartanya adalah harta yang telah dia infaqkan dan harta warisannya adalah yang dia tinggalkan.”


(HR Bukhari dan An-Nasa’i)


Oleh itu “Menabunglah”… untuk sejahtera dunia dan akhirat.

Ejen berdaftar MAA Takaful :


Hubungi saya:
Syarifah Nur Farah Syed Esa
012-9002010/012-9377010





No comments:

Post a Comment