Sunday, May 24, 2009

Bila sudah jatuh cinta

Hari ini aku mula berani menulis sesuatu di dalam blog aku sendiri. Kenapa baru berani? Berani di sini bukan takut...maksud aku ada keberanian atau sesuatu untuk mendorong aku menulis sesuatu yang terbuku. Aku keliru sebenarnya satu masa lalu..keliru dalam melaksanakan tugas aku sendiri. Kadang2 kita tahu apa yang hendak kita lakukan.banyak faktor-faktor yang menghalang.Antaranya...aku telah lama mengorbankan keinginan aku kerana masa yang belum ada, duit yang belum cukup, memenuhi kehendak yang tersayang dan seribu satu alasan.Tetapi keliru aku hari ini sudah nampak jalan yang sebenar.Sebenarnya bila kita dah jatuh cinta dengan tugas kita, tidak ada lagi sebarang alasan yang akan kita nampak. Nama pun cinta. Cinta pada sesuatu..anda pernah jatuh cinta?Tak kira lah cinta yang bagaimana, tetapi pasti kita tidak pernah mengeluh dan memberi sebarang alasan kan ketika itu?Sama seperti aku, bila aku sudah jatuh cinta sehingga hari ini aku tidak pernah kenal penat, malas, beralasan, rasa ditindas, rasa dibuli, segala perasaan negatif tidak ada lagi dalam diri aku.Apa yang aku tahu hanya matlamat ingin memastikan matlamat aku tercapai.

Tuesday, May 19, 2009

Tabung Dana

Kenapa “Menabung”?


Sekiranya kita memilih strategi belanja dahulu, kemudian simpan; maka, percayalah bahawa kita akan selalu gagal untuk menyimpan. Sebab itu digalakkan kita pilih untuk simpan dahulu, kemudian barulah belanja. Bawa keluar siap2 10% – 20% daripada gaji untuk disimpan di dalam instrumen kewangan yang disahkan oleh pihak kerajaan. Potongan KWSP adalah salah satu contoh “Menabung”. Jika KWSP tidak potong awal-awal sebaik sahaja kita dapat gaji, saya percaya dan yakin pasti ramai yang gagal untuk menyimpan untuk hari tuanya.


Sebagai muslim, mungkin kita boleh memperkembangkan idea bagus “Menabung” ini dengan menyarankan agar kita semua memperuntukkan sebahagian daripada gaji kita untuk ‘hari kemudian’ kita, lillahi ta’ala. Sebahagian wang dan harta yang diinfaqkan itulah sebenarnya hak kita yang akan sebahagiannya diperhitungkan di akhirat nanti.



Dari Ibnu Mas’ud RA, bahawa Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapakah di antara kalian yang harta warisannya lebih dicintai daripada hartanya sendiri?”


Mereka menjawab, Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun di antara kami kecuali hartanya lebih dicintai daripada harta warisannya.”


Rasulullah SAW mengatakan, “Sesungguhnya hartanya adalah harta yang telah dia infaqkan dan harta warisannya adalah yang dia tinggalkan.”


(HR Bukhari dan An-Nasa’i)


Oleh itu “Menabunglah”… untuk sejahtera dunia dan akhirat.

Ejen berdaftar MAA Takaful :


Hubungi saya:
Syarifah Nur Farah Syed Esa
012-9002010/012-9377010





Monday, May 18, 2009

About Irfan Khairi

Irfan Khairi graduated with a B.A. Hons in Multimedia Design from Staffordshire University, United Kingdom.

Soon after, Irfan was offered to work with one of the largest IT companies in Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. As a multimedia system developer and a multimedia consultant, Irfan was responsible to create an Internet learning system for the schools in United Kingdom called the Learning Grid. Currently there are more than 5,000 schools across the United Kingdom using the Learning Grid system.

However, with the background and knowledge as well as his passion in Internet and business, he decided to start a part-time Internet business back in 1999.

He then decided to pursue his Internet business fulltime after 1 year of operation as he was getting more income from the Internet than his 9-5 job.

Since then, Irfan has been working fulltime from home using his laptop through the Internet. Within 3 years of operation, one of his Internet businesses has generated RM1,000,000 nett profit - without workers and high-end computers. And his start up costs was.... only RM500. He was 25 years old then!

Irfan's, Internet business under the name of Idea Bubble has served for more than 3,000 customers around the globe. Most of them are from USA, UK, European countries to the Middle East, Japan and Australia! Amongst his successful businesses are creating E-books, developing graphics and websites, SEO (Search Engine Optimization) service, selling maps, booking hotels, Multimedia, E-commerce and Learning Consultant.

Until today, Irfan Khairi still works fulltime at the comfort of his home with his wife and two children.

Secrets of Internet Millionaires Revealed tells how Irfan and other Internet millionaires uses Internet as a source of a very stable income..





Latarbelakang Syed Mokhtar

Syed Mokhtar
Umur - 53 tahun

Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)- Antara syarikat miliknya-MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat- Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senangdengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasaidiri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu iniyang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecahkerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orangtidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akaldan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kuncikejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Friday, May 15, 2009

Jemputan istimewa untuk anda

Salam sejahtera !

Syarifah Nur Farah menjemput anda mengunjungi web http://newsletter.rahsiaebiz.com?a=tr&cid=50627 yang menyediakan pelbagai hadiah menarik dan percuma !

Antaranya ialah ebook terbaru Rahsia 30 Tools & Perisian Usahawan Internet serta 10 jenis koleksi ebook hebat yang bernilai $450usd (RM1,620.00) yang diberikan percuma. Apa yang anda perlu buat hanyalah mendownload ebook percuma ini dan menjemput kawan-kawan yang lain mendapatkan hadiah istimewa yang ditawarkan. Lagi ramai kawan yang dijemput lagi cerah peluang anda untuk memiliki hadiah istimewa ini.

Usah lepaskan peluang seumur hidup anda dan jadikannya sebagai hari yang amat bertuah, layari web kami sekarang di http://newsletter.rahsiaebiz.com/?a=tr&cid=50627 untuk merebut hadiah istimewa, cepat sebelum tawaran ini ditutup buat selama-lamanya !

Terima kasih.

With love,
Syarifah Nur Farah

Thursday, May 14, 2009

Untuk yang bernama wanita

10 perkara lelaki tak suka...

[+] Wanita yang suka mengumpat!
[+] Wanita yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
[+] Wanita yang hisap rokok.
[+] Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki! (Betul ni...)
[+] Wanita yang hipokrit.
[+] Wanita yang tak pandai mengemas.
[+] Wanita yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.
[+] Wanita yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.
[+] Wanita yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpe...)
[+] Wanita yang kuat berleter walau hal remeh temeh!

Haaa... Haaaa?

So bagaimana untuk yang bernama lelaki plak?
Aper 10 perkara yang wanita tak suka lelaki?
[+] lelaki yang suka cakap besar
Kedua dan seterusnyer harap kawan2 akan senaraikan untuk post nie.k?:)


Tuesday, May 12, 2009

Panduan Cinta



Selamilah 'Panduan Cinta'
Mungkin apa yang dicari terjawab dengan 'Panduan Cinta'.
Anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut layarilah...

link:http://www.panduancinta.com

Alpha Lipid




Help you become energetic and care your healthy.

To know more link: www.alphalipid.net

Grab faster! Limited offer for the first 50 buyers only.

Normal Price: RM180.00 per unit
Offer price: RM 170.00 per unit











Monday, May 11, 2009

Typing services



Typing services

Available for school, college or university students.
Price: 1 page (A4 paper, Font 12, double spacing) - USD 2
Offer price - USD1 for 10 pages aboves.

or direct contact through shfarah78@gmail.com to get the services.Tq










Donate and Help Darul Hanna's House

Place which is the people have been protected by Lembaga Perempuan Islam Malaysia...
God Bless You!
Pic will be provided later...I will posting the house.